BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 4, 2012

Hari Raya Haji

Hari raya haji ni kita balik rumah tok ayah hehe .Kita balik rumah tok ayah hari khamis sebelum raya, balik hari Isnin minggu depan huhu.Kita tolak kul 4:00 pagi.Malam sebelum kita tengah siap-siap sebab pagi nanti kita pergi terus huhu.Ti bangun kul 3:30 pagi.Sebelum kita tolak, Kita tukar baju dulu tak payah mandi lepas tu baru kita tolak ke rumah tok ayah hehehe.Amanda last bangun sebelum amanda zarel yang bangun zarel bukan kencing zarel mandi pulak hihihi.Lepas tu amanda pulak yang bangun lepas tu amanda mandi.
Masa ti masuk dalam kereta ti tak tido ti tengok tv hihihi.Lepas tu ti pun tido dalam kete sebab ti ngantuk.Sikit jer cerita yang ti tengok cerita Ice Age 4 dengan Madagascar 3 :D.Masa ti bangun tuh daddy tengah tunggu ayah long sebab ayah long lambat sikit kita tolak kul 4:00 pagi ayah long pulak 4:00 petang hari rabu hehe.Lepas tu daddy nak pergi sembahyang lepas tu ti pun kunci pintu kete lepas tu zarel bangun zarel tengok ti tak ade rupa-rupanya ade kat depan sebab tinak kunci pintu lepas tu ti pun main dengan zarel dalam kete hihihi :P.Lepas tu dady dengan mummy datang lepas tu ti tukar tempat pulak lepas tu ti tengok ada kete ayah long :).Masa lama sikit tu ti pakai jaket lepas tu tido balik lepas tu masa ti bangun dah sampai ke kedai makan yang sama kalau balik rumah tok ayah dan balik rumah huhu.Lepas tu kita pun makan dengan aam,cik no,ibu dengan ayah long.Lepas ti dah siap makan tu ti pergi toilet kejap.Lepas tu baru kita bertolak :D.
Masa ti tolak tu ti tengok cerita Ice Age 4 lepas tu tengok ceri ta madagascar 3 huhuhu tu jer ti tengok sebab zarel tak nak tengok cerita lain hehe.
Masa kita dah sampai tu cik elin dah ade ayah long belum sampai lagi, cik ar pulak nanti.
Hari raya haji ni, tok ayah nak sembelih 3 ekor lembu :D.Masa tu ti tak tengok tok ayah sembelih sangat sebab ti tengah posing jer :P.Amanda,Arfy dengan erryn ok jer kecuali afif sebab dia takut hehe.Lepas tu ti pergi masuk dalam rumah sebab panas hehehe.Zarel boring sebab aam tak masuk dalam tadi pun sama aam tengah duk kat tengah panas dengan cik sha huhu.Masa lama sikit tu aam dah masuk rumah lepas tu kita pun makan hehe:P.
Hari sabtu ni pulak, birthday ayah cik hehe.tapi kita sambut malam huhuhu.Masa birthday ayah cik tu, ti nak pergi Taman tg. Anis dengan cik sha,su dah,cik noor,cik amy,cik sha dengan cik ar hehe.Kat sana ade taman permainan tetapi biasa jela tapi besar lepas tu ti pergi tengok kolam ade banyak fauntain ramai la jugak mandi kat sana.Lepas tu kita pergi tengok rusa ti tengok ade rusa yang ade tanduk yang tu paling besar hehe.Lepas kita tengok rusa,kita tengok peacock cantik peacock tu at belakang peacock tu macam lukisan.selepas tu kita tengok burung pigeon dalam sangkar lepas tu monyet tapi tak betapata best sangat sebab ade sikit jer haiwan lagi pun tak macam edventure sangat hehe.Malam tuh ti balik ti tengok daddy tak ade ti pun tak tahu daddy pergi mana ayah long pun tak ade.Lepas tu ti pun duduk dengan su dah hehe.Lepas tu mandi.
Lepas tu ti tengok ayah long dah balik ti tengok ayah long bawa kek :P.Lepas tu ti pun rasa nak makan jadi ti makan lah dengan su dah tapi ti makan sikit jer.Daddy tak balik lagi so ti main dengan aam dengan cakap dengan cik sha ke hehe.Lepas tu baru kita sambut hari jadi ayah cik jadi kita nyanyi lagi happy birthday ayah cik tapi daddy tak sampai lagi.Lepas tu ti pun amik party pooper hehe tapi ti dapat satu jer lepas tu kita kongsi guna snow spray yang aam beli lepas tu ti mintak sudah lepas tu ti lepas tu terkena aam huhu.Lepas tu baru kita makan kek.Kek yang kita makan tu kek coklat hehe.Lepas tu zarel ade bawak mainan mc donald tapi ti kena lipat jadi ti kena lipat susah sangat sampai habis party lepas tu  masa ti dah habis buat tu aam panggil ti nak main snow spray kat luar hehe lepas tu dah habis snow spray kita pun masuk dalam.Lepas tu kita tengok tv sekejap lepas tu mummy panggil nak minum susu sebab nak tidur.Lepas tu masa ti dalam bilik ti cakap daddy ti sakit perut :(.
Lepas tu pada keesokan harinya ti bangun awal sikit lepas tu ti pergi minum air.Lepas tu ti pun duk kat luar kejap dengan cik no.Masa ti duk dengan cik elin, cakap ti dengan cik elin lepas tu cik elin tanya mana aam nih tak ade lagi lepas tu aam terus masuk rumah :P.Lepas tu kul 10:00 kita nak pergi rumah cik jah ramai-ramai.Masa dekat rumah cik jah tu kita makan-makan,rehat kejap lepas tu ti ada jugak amik buah rapsberry macam kita pergi raya dengan cik jah bulan lepas :P.Ti suka makan buah rapsberry yang ti suka warna hitam dengan merah sebab sedap yang tu.Lepas tu kita balik kul 12:00 tengahari hehehe.Lepas tu kita balik kita rehat kejap lepas tu main game hehe.Ti asyik fikir tentang ti nak pergi main bowling malam ni dekat KB mall ti boleh pergi ke tak kalau mummy daddy tak ikut ti pergi dengan cik no,su dah,ayah long,aam,ibu, mummy daddy bagi ke tak?
Petang tuh,ti tengah tengok cerita karoot komedia (ulangan) lepas tu daddy panggil tanya ti nak ikut ke tak pergi jenjalan dengan daddy,mummy,dengan zarel,amanda? lepas tu ti tak tahu nak pilih mana bowling kita tak tahu lagi nak pergi ke tak.Lepas tu daddy cakap kalau tak pergi daddy boleh amik ti kalau pergi ti pergi je la lepas tu ti tak ikut daddy.Selepas dah habis cerita karoot komedia, ti main batu seremban dengan cik sha kat luar lepas tu kita jalan-jalan kat depan rumah nak jaga erryn lepas tu kita tengok kambing.Selepas tu ti main snap dengan cik no dengan cik sha.Sambil kita main snap kita cadang nak pergi main bowling.Ayah cik,cik no,sudah,ayah su,ti,aam,ayah long,ibu,cik sha hehe.Lepas tu cik sha tengah siap-siap nak pergi main bowling lepas tu ti tanya cik sha bila kita nak pergi? lepas tu cik sha cakap dah nak pergi la nih.Masa tu su dah tak ade su dah pergi dengan ayah long.Lepas tu daddy balik daddy tanya ti jadi pergi ke tak? lepas tu ti cakap pergi :D.Lepas tu daddy bagi makan kuih getah hehe.Lepas tu ayah long dapun siap cepat-cepat huhu.
Lepas tu kita pun masuk kete ayah long long semua hehe.Sebelum tu daddy ingat nak bawa stokin tapi ayah long beli je la....Ti tak sabar sangat nak pergi main bowling sebab ti tak pernah main pun huhuhu.Masa dalam kete ti tanya su dah kita main bowling kat mana? lepas tu su dah cakap tak tahu lagi...Sebelum kita sampai kita sampai, ti,su dah dan aam main osom ti ga orang hehe.Lepas tu tengok-tengok kita dah sampai kat KB mall.Masa ayah long nak cari parking, ti tengok aam nampak macam sedih je ti pun tak tahu kenapa :(.Lepas tu kita pun dah sampai! lepas tu kita pun masu lah KB mall masa kita nak pergi tempat bowling ti cakap-cakaplah dengan cik no dan aam.
Masa kita masuk kat Pasific Bowl, bunya kuat orang main lepas tu ti pun cakap kat su dah ti rasa takut sikit...(sebelum kita pergi cik no dan cik sha cakap kalau sesiapa kalah kena belanja :P).Masa ayah long bayar tu ti tunggu dengan aam lepas tu aam ade jumpa bolayang tak betapa berat lagi pun ade warna...Lepas tu kia pun cari tempat kosong masa kia dah jumpa, kita tulis nama kat screen tu, ade dua kat atas sebab ramai orang ikut.Ti kedua selepas su dah :P.Lepas u kita pun siap-siap pakai kasut semua.Lepas tu ti pun cari bola mana yang tak berat sangat, lepas tu ti jumpa yang warna pink lagi pun tak berat sangat huhu.Kita pun start main(seorang main 2 kali each 10 round)sambil su dah main cik no tunjuk ti macam mana nak baling lepas tu ti pun tengok macam mana su dah buat...Lepas tu ti pulak main ti pun amik ball ti guna tadi.Masa ti nak main tu ti rasa takut sikit tapi exited jugak lepas tu ti pun baling bola tuh dapat jugak ti jatuhkan beberapa pin (tapi tak strike pun).Lepas tu ti siap sedia untuk main lagi dan ti tunggu bola tadi.Lepas tu ti pun baling bola tu lepas tu jatuh jugak beberapa pin, ti rasa gembira sangat.Masa tuh aam nangis sebab dia tak bawa bola sendiri so aam share je la dengan bola ti.Lepas tu ti tunggu la sampai ti main lagi.Lama sikit tuh cik no ade jumpa bola yang lagi ringan sebab tangan ti dah makin lengah.Lepas tu ti pun guna bola tuh kuat-kuat sebab ia lagi ringan.Tengok longkang(ade jugak lah beberapa longkang ti main huhu.Ti malasla nak tulis banyak-banyak ape yang ti nak cakap aam guna ibu dia punya, dia punya pun sama, tak penat ke aam nih? dan ti nak cakap kita main 40 kali kecuali ibu dan aam.)
Lepas tu dah makin sikit orang lagipun dah nak tutup dan kita pun bukak kasut.Lepas tu kita pun pergi toilet semua.Masa ti tengah kencing tuh tak ade air pulak so cik no bagi ti tisu yang basah.(orang lain semua dah turun)Lepas tu kita naik lif,jumpa toilet lepas tu ade air sikit ti pun guna lah.Lepas tu kita pun dah nak sampai tampat parking kete ayah long.For the fun part in there ti nampak ayah su tolak troli sambil aam nak lagipun ayah su bawa laju so kita pun kejar aam and ayah su! Lepas tu ti dengan su dah baru nak try, ibu suruk naik huhu.Lepas tu ti pun naiklah kete.Lepas tu kita pun bertolak, tapi tak balik lagi kita pergi merayap dulu di pasar malam kota bharu! tapi dah nak tutup sebab dah lambat.Dah tutup pulak jual air so kita beli slurpee di 7 eleven.Setiap sorang satu cawan kecik sebab nanti nak pergi makan pulak.First time ti minum slurpee campur dua perisa hehe.Kemudian, ibu beli baju bola kelantan, siap ade nama aam dan nombor untuk aam.Masa kita tunggu nak tulis nama tuh ayah su ade brain freeze sebab minum banyak sangat slurpee, cik sha cakap "ayah su ade brain freeze" lepas tu ti tanya cik sha "brain freeze tu apa?" lepas tu cik sha cakap "otak beku, rasa sejuk kat kepala".Lepas tu kita pun masuk kereta.Masa kita duk dalam kete kita dengar lagu dan main dengan arfy :D.
Lepas tu kita pun dah sampai ke kedai makan huhu.Lepas tu kita pun orderlah makanan dan minuman.Ti pilih nasi goreng pataya tapi tak ade ade nasi kerabu dan rati bokar lagi ti tak tahu huhu.Ti tak suka nasi kerabu so ti makan sikit jela share dengan su dah.For the funny part, ade kucing lepas tu kucing tu berak pulak, masa tuti tengah makan ti tak tahu ade apa lepas tu tahi kucing tu lekat punggung dia hahaha.Lepas tu semua orang pun lari lepas tu kucing tu dah tak ade kita pun minum dan makan roti bakar :P.Lepas tu masa kita nak naik kete tuh ade lagi kucing tadi haha.Masa dalam kete, kita dengar lagu dalam phone.
Masa kita dah sampai, kita pun cakap bye-bye ke aam dan arfy.Masa tuh arfy tengah nangis kuat sebab nak duk ngan ayah su dan main haha.Lepas tu kita pun masuk dalam rumah, gelap sebab orang dah tido.Ti pun basuh muka kejap sebab peluh main bowling tadi haha.Lepas tu ti pinjam baju su dah sebab gelap ti nak cari baju hehe.Lepas tu ti tido kat dalam bilik su dah macam biasa.

at rumah tok ayah...

mummy n amanda







ti and cik no


comela amanda pakai songkok

zarel takut belalang hehe

tok ayah tangkap belalang...

Pada pagi esok ti pun bangun, ti pun masuk bilik yang kita selalu tido kat situ.Lepas tu zarel pun terus cakap "Casey, you alive!" hahaha.Lepas tu ti pun cakap "Casey memang alive, kakak pergi main bowling lepas tu tido dengan su dah".Lepas tu ti pun mandi, selepas tu ti makan pulak.Lepas tu ti makan , lepas tu ti tunggu aam hehe.Masa kita dah masukkan barang dalam kete semua, kita pun salam ke semua orang :).Masa ti naik kete kita pun lambai ke semua orang :(.Lepas tu kita pun bertolak balik ke rumah."Miss u all :D"

Tuesday, October 23, 2012

Having a great time

amanda,mummy and me



hahahaha


ti yang berambut kerinting





zarel tengah lompat dengan lembu



best friend





comel lah amanda nih hehe


Saturday, October 20, 2012

HaPpY BIrthDaY tO ArHaM

Hari ni casey pergi rumah arham sebab nak sambut bithday arham.Tapi sebelum tu kita pergi shopping barang dulu.First kita pergi servis kete,second pergi Mydin lepas tu balik rumah kejap.Kita balik rumah sekejap sebab mummy nak buat pulut kuning yang bentuk macam kek.
Kita tolak pukul 6:30 lebih.Masa pukul lapan kita dah sampai kat sekolah arham.Masa tu zarel tanya dah sampai ke belum? ti pun jawab dah lepas tu zarel tanya nape dekat sekolah? lepas tu ti jawab ye la sebab rumah arham dekat dengan sekolah lepas tu zarel pun cakap cepaat pakai selipar nanti sampai.Lepas tu dah sampai ade kawan arham.Lepas tu arham pun ade hehe.Masa ti masuk tu ade kawanibu arham lepas tu daddy cakap gi cari cik elin kat atas lepas tu ti terus naik.Lepas tu masa ti nain atas tengok ade cik elin lepas tu cik elin cakap eh ti datang juga cik elin ingat ti tak datang lepas tu cik elin tanya ti tolak pukul berapa? ti pun jawab pukul 6:30 cik elin pun jawab eh lambatnya.Lepas tu ti pun turun ke dapur lepas tu ti tengok mummy tengah letak pulut kuning yang bentu kek tu lepas tu mummy letak telur dadar jadi macam corak.Ti tolong sikit nak siap-siap untuk birthday arham.Lepas tu ibu Arham bawa keluar kek arham lepas ti tengok kek transformer bumblebee.
Kita pun sambut birthday arham lepas tu kita nyanyi lagu happy birthday kat arham.Lepas tu ti bagi hadiah kat arham dengan cik elin.Cik elin pulak bagi ti hadiah.Lepas tu ade budak sekolah punya birthday jugak hehe lepas tu arham dengan kawan arham pun pergi kat sekolah tu lama-lama dah jadi sunyi lepas tu ti cakap dekat cik elin aik dah jadi sunyi pulak hehe masa tu ti sambil makan nasi impit.Lepas aam balik baru bagi hadiah kat arham dengan cik elin :P.Lepas tu ti terus naik atas sebab nak main game dengan cik elin.Ti dengan cik elin tengah main tembak-tembak ti dengan cik elin pun tak pandai lepas tu casey cakap dengan cik elin nak main game.
Lepas tu ti tengok tak ade pun cd semua sebab ade yang hilang ade yang rosak huhuhu.Lepas tu casey panggil arham lepas tu kita main need for speed kita bukan racing tapi kita tengah hias kareta jer sebab tak boleh race hehe.Lepas tu baru kita main need for speed underground ti racing dengan arham tapi susah kalau guna PS2 guna komputer lagi senang.Casey tengah main lepas tu ti duk belakang am jauh lepas tu arham dah sampai finish line tapi tak finish sebab aam tunggu ti depan finish line depan jer lepas tu ti dah nak dekat baru arham dah menang sepatutnya aam manang awal-awal lagi huhuhu.
Lepas tu, kita tengok citer "Hellboy" ;).Ti baru first time ti tengok cerita tu hehe.Tapi masa tu ti baru tengok yang setengah yang first ti tak sempat nak tengok.Lepas tu kita tengok cerita pasal apes tapi ti tak ingat tajuk cerita planet apes hehe tapi ti sempat nak tengok sampai abis sebab ti dah nak balik.


pulut kuning

inilah kek birthday arham :)

hehehehe

tengah tengok apa tu? hahahaha

Ti balik kul 11:00 PM.Masa ti balik tu ti pun bye bye kat semua orang cik elin pun sama kat tingkap rumah aam hehehehe.

Sunday, September 16, 2012

Balik kampung n raya

Hooray raya dah nak dekat! ti dah tak sabar nak raya. Hari khamis 16/8/2012 ti ingat exam tapi tak sebab tak ujian bulanan hari tu ti cuti masa tu sebab ade sekolah ganti ni.Hari khamis tu ti pergi shopping baju raya kat Shah Alam sebab baju raya mummy,amanda dengan ti tak siap lagi zarel dengan daddy memang nak beli.Masa kat Shah Alam kita cari baju melayu dulu hehe ;).First kita beli baju raya daddy warna biru.Second kita beli mummy punya baju kurung tapi tak tahu jenis apa tapi mahal.Sebelum kita jumpa baju kurung mummy, ti ade pergi kedai yang ade banyak baju kurung yang cantik dan mahal.Masa tu ti nampak ade baju kurung yang cantik sangat harganya ialah RM 1000 lebih.Third baju raya ti pulak hehehe :D.Yang pertama ti try yang ade banyak diamond kat dada tapi susah nak pakai pulak hehe.Yang kedua pulak hampir sama tapi colour dia pekat sikit tak susah sangat nak pakai lagipun best pakai sebab dah ade baju dalam.Fourth baju kurung mummy lagi sebab tadi baru bei satu ni beli yang kedua ti dah ade dua baju kurung satu lagi yang purple tuh.Mummy beli baju kurung satu lagi tu warna biru tadi warna hijau.Last baju melayu zarel pula kesian tak jumpa-jumpa hehe.Sebelum kita balik daddy ade beli satey.Dah sampai rumah tu kita makan satey lepas tu kita try baju raya kecuali zarel sebab dia tak nak try sampai nangis dia.
Hari jumaat pula kita balik rumah tok ayah tapi kena tunggu stiker kat kete daddy tu sebab dah expired.Pada pukul 4:00 pm baru kita bertolak ke rumah tok ayah.Lamanya nak sampai ti asyik tengok tv jer dengan tido huhuhu.Kita sampai pada pukul 1:00 am lebih.Masa ti sampai kat rumah tok ayah, ti bukak kasut lepas tu terus masuk dalam bilik sebab ngantuk nak tido.Pada kul 5:00 mummy kejut ti sahur ti rasa macam sekejap je ti tido masa tu ti ngantuk lagi.Tapi masa ti sahur semua orang ade arham,ibu arham,tok ayah,ma,ayah arham,cik sha dan cik elin tapi su dah tak de hehe rupa-rupanya su dah tak bangun sahur.Lepas tu ti tak tido lagi ti duk kat luar kejap sebab ti dah tak betapa ngantuk sangat lagipun ti baru makan.
Pagi tuh ti bangun biasa macam kat rumah sendiri.Lepas ti mandi lepas tu main.Ti ade main komputer kawan ayah su punya.Ti main kete need for speed,rahsia nama lagi tah ingat hehehe.Dah nak buka puasa tapi ti belum siap jadi ti cepat-cepat siap lepas tu baru ti buka puasa.Selepas ti buka puasa ti berbual-bual dengan am zarel pulak duk main dengan mainan arfy hehe.Ti dah tak sabar nak raya nih ti main bunga api dengan bunga api yang kat atas.
Tadaaa,Selamat hari raya semua orang! Raya ti ade bagi kad raya kat su dah n cik sha kad raya zarel dengan am pulak tertinggal kat rumah pulak sebab tak ingat letak dekat mana hehe nasib baik zarel lupa pasal kad.Lepas tu mummy,cik elin dengan ayah long nak bagi duit raya kat semua budak-budak yang ade di sana.Lepas tu kita pergi raya kat rumah kawan tok ayah,kawan ma,rumah pok cik lagi ade lagi hehehe.Lepas tu ti ade pergi rumah kakak ma dia ade banyak kucing.Masa tu ti ade pegang kucing dengan daddy.Ti ade nampak tank dalam tu tak ade ikan tapi nampak macam ade habuk panjang lepas tu aam panggil ti tengok dalam tank tu rupa-rupanya ade anak musang hehehe.Ti tengok comel jugak anak musang tu lepas tu budak tu amik anak musang tu lepas tu bagi daddy lepas tu ti pulak pegang masa daddy pegang tu musang tu lari belakang daddy lepas tu terus lompat atas makanan nasib baik ti pegang musang tu.Lepas tu daddy bagi budak tu pulak lepas tu musang tu terlepas ti nampak musang tu ade dekat bawah meja.Last sekali kita pergi rumah cik su dekat sana ti rasa macam lama hehe.
Raya lagi ti pergi rumah orang,kat sana ade banyak pokok yang berbuah ti ade main buayan yang kat belakang rumah dia lepas tu ti ade kutip buah rapsberry dengan zarel,su dah,cik sha dengan aam.Lepas tu balik terus main komputer hehehe.
Hari ini kita pergi shopping mainan zarel sebab zarel nak sangat beli mainan transformers optimus prime.Kita pergi Parkson Kota Bharu hehehe.Ti beli mainan chekers sebab ti suka main chekers hehehe ti ingat nak beli yang magnet tapi mahal jadi ti beli yang RM 4.90 je huhu zarel punya harga ainan tu RM 110.00.Ti ade beli mainan kete untuk afif warna merah harga dia sama ti punya chekers.Lepas tu kita pergi Pasar Siti Khadijah pulak.Lepas tu kita pun balik rumah tok ayah.Selepas tu ti terus main game dengan su dah lepas tu ti main game sambil main chekers lepas tu chekers saja ti main tu ti lawan ayah cik lepas tu ti menang.Su dah tak pandai main chekers hehehe malam tu ti lawan dengan cik sha ayah su tolong ti lepas tu ayah su pulak lawan cik sha ti tanya "sape yang main ni tadi ti lepas tu ayah su pulak main" tengok-tengok cik sha menang lepas tu main lagi kali ni ti lawan su dah lepas tu ti pulak menang ayah su tolong ti su dah pulak cik sha tolong hehehe.

mummy and amanda


happy family


semua pakai warna biru






cik sha

first time makan rapsberry

comel tak amanda?

pergi raya di rumah orang

di Pantai Cahaya Bulan


Zarel and his fav toy optimus prime

Hari khamis kita balik Kedah lepas tu balik Kelantan hehehe.Arham pun balik Kedah juga
Selamat Hari Raya Semua Orang Maaf Zahir Dan Batin :)