BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 4, 2012

amanda 3 month old :)

amanda tido dalam buaian hehe


Amanda dah 3 bulan :D.Amanda sekarang dah pandai pusing semasa dia baring hehe semasa amanda pusing tu dia terbalik lepas tu dia pun angkat kepala lepas tu kadang-kadang dia nangis kadang-kadang tak hehe.Ti geram betul kat amanda sebab dia comel lagipun dia suka senyum semasa ti cakap dengan dia.Amanda kecik lagi tapi dia ingat dia dah besar hehehe.Malam-malam amanda selalu nangis kuat tengah malam baru dia tidur.Hari tu amanda tidur kul dua pagi hehe.Amanda tak tidur atas katil dia sendiri sebab dia asyik berpusing atau pun dia senget semasa tido.Amanda suka main air liur dia hisap tangan pun sama huhu.Sekarang mummy beli buaian baru untuk amanda mummy tak beli yang untuk sangkut mummy beli barang dia jer sebab dah ade tempat gantung.Mummy beli kain dia warna coklat yang spring dia pulak ade lima.Amanda suka tengok legging ti yang warna oren tu hehehehe.Zarel selalu cakap amanda comel hehehe.Amanda dah pakai rantai tangan ti punya dulu hehe.Amanda selalu tido semasa kat dalam buaian.