BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 16, 2012

Balik kampung n raya

Hooray raya dah nak dekat! ti dah tak sabar nak raya. Hari khamis 16/8/2012 ti ingat exam tapi tak sebab tak ujian bulanan hari tu ti cuti masa tu sebab ade sekolah ganti ni.Hari khamis tu ti pergi shopping baju raya kat Shah Alam sebab baju raya mummy,amanda dengan ti tak siap lagi zarel dengan daddy memang nak beli.Masa kat Shah Alam kita cari baju melayu dulu hehe ;).First kita beli baju raya daddy warna biru.Second kita beli mummy punya baju kurung tapi tak tahu jenis apa tapi mahal.Sebelum kita jumpa baju kurung mummy, ti ade pergi kedai yang ade banyak baju kurung yang cantik dan mahal.Masa tu ti nampak ade baju kurung yang cantik sangat harganya ialah RM 1000 lebih.Third baju raya ti pulak hehehe :D.Yang pertama ti try yang ade banyak diamond kat dada tapi susah nak pakai pulak hehe.Yang kedua pulak hampir sama tapi colour dia pekat sikit tak susah sangat nak pakai lagipun best pakai sebab dah ade baju dalam.Fourth baju kurung mummy lagi sebab tadi baru bei satu ni beli yang kedua ti dah ade dua baju kurung satu lagi yang purple tuh.Mummy beli baju kurung satu lagi tu warna biru tadi warna hijau.Last baju melayu zarel pula kesian tak jumpa-jumpa hehe.Sebelum kita balik daddy ade beli satey.Dah sampai rumah tu kita makan satey lepas tu kita try baju raya kecuali zarel sebab dia tak nak try sampai nangis dia.
Hari jumaat pula kita balik rumah tok ayah tapi kena tunggu stiker kat kete daddy tu sebab dah expired.Pada pukul 4:00 pm baru kita bertolak ke rumah tok ayah.Lamanya nak sampai ti asyik tengok tv jer dengan tido huhuhu.Kita sampai pada pukul 1:00 am lebih.Masa ti sampai kat rumah tok ayah, ti bukak kasut lepas tu terus masuk dalam bilik sebab ngantuk nak tido.Pada kul 5:00 mummy kejut ti sahur ti rasa macam sekejap je ti tido masa tu ti ngantuk lagi.Tapi masa ti sahur semua orang ade arham,ibu arham,tok ayah,ma,ayah arham,cik sha dan cik elin tapi su dah tak de hehe rupa-rupanya su dah tak bangun sahur.Lepas tu ti tak tido lagi ti duk kat luar kejap sebab ti dah tak betapa ngantuk sangat lagipun ti baru makan.
Pagi tuh ti bangun biasa macam kat rumah sendiri.Lepas ti mandi lepas tu main.Ti ade main komputer kawan ayah su punya.Ti main kete need for speed,rahsia nama lagi tah ingat hehehe.Dah nak buka puasa tapi ti belum siap jadi ti cepat-cepat siap lepas tu baru ti buka puasa.Selepas ti buka puasa ti berbual-bual dengan am zarel pulak duk main dengan mainan arfy hehe.Ti dah tak sabar nak raya nih ti main bunga api dengan bunga api yang kat atas.
Tadaaa,Selamat hari raya semua orang! Raya ti ade bagi kad raya kat su dah n cik sha kad raya zarel dengan am pulak tertinggal kat rumah pulak sebab tak ingat letak dekat mana hehe nasib baik zarel lupa pasal kad.Lepas tu mummy,cik elin dengan ayah long nak bagi duit raya kat semua budak-budak yang ade di sana.Lepas tu kita pergi raya kat rumah kawan tok ayah,kawan ma,rumah pok cik lagi ade lagi hehehe.Lepas tu ti ade pergi rumah kakak ma dia ade banyak kucing.Masa tu ti ade pegang kucing dengan daddy.Ti ade nampak tank dalam tu tak ade ikan tapi nampak macam ade habuk panjang lepas tu aam panggil ti tengok dalam tank tu rupa-rupanya ade anak musang hehehe.Ti tengok comel jugak anak musang tu lepas tu budak tu amik anak musang tu lepas tu bagi daddy lepas tu ti pulak pegang masa daddy pegang tu musang tu lari belakang daddy lepas tu terus lompat atas makanan nasib baik ti pegang musang tu.Lepas tu daddy bagi budak tu pulak lepas tu musang tu terlepas ti nampak musang tu ade dekat bawah meja.Last sekali kita pergi rumah cik su dekat sana ti rasa macam lama hehe.
Raya lagi ti pergi rumah orang,kat sana ade banyak pokok yang berbuah ti ade main buayan yang kat belakang rumah dia lepas tu ti ade kutip buah rapsberry dengan zarel,su dah,cik sha dengan aam.Lepas tu balik terus main komputer hehehe.
Hari ini kita pergi shopping mainan zarel sebab zarel nak sangat beli mainan transformers optimus prime.Kita pergi Parkson Kota Bharu hehehe.Ti beli mainan chekers sebab ti suka main chekers hehehe ti ingat nak beli yang magnet tapi mahal jadi ti beli yang RM 4.90 je huhu zarel punya harga ainan tu RM 110.00.Ti ade beli mainan kete untuk afif warna merah harga dia sama ti punya chekers.Lepas tu kita pergi Pasar Siti Khadijah pulak.Lepas tu kita pun balik rumah tok ayah.Selepas tu ti terus main game dengan su dah lepas tu ti main game sambil main chekers lepas tu chekers saja ti main tu ti lawan ayah cik lepas tu ti menang.Su dah tak pandai main chekers hehehe malam tu ti lawan dengan cik sha ayah su tolong ti lepas tu ayah su pulak lawan cik sha ti tanya "sape yang main ni tadi ti lepas tu ayah su pulak main" tengok-tengok cik sha menang lepas tu main lagi kali ni ti lawan su dah lepas tu ti pulak menang ayah su tolong ti su dah pulak cik sha tolong hehehe.

mummy and amanda


happy family


semua pakai warna biru






cik sha

first time makan rapsberry

comel tak amanda?

pergi raya di rumah orang

di Pantai Cahaya Bulan


Zarel and his fav toy optimus prime

Hari khamis kita balik Kedah lepas tu balik Kelantan hehehe.Arham pun balik Kedah juga
Selamat Hari Raya Semua Orang Maaf Zahir Dan Batin :)